DID NEWS-24032014
MAJLIS PELANCARAN AMALAN BERKUALITI 5S JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN SARAWAK
Kakitangan JPS Sarawak yang hadir dalam Majlis Pelancaran 5S.
[ Untuk lebih gambar, sila ke galeri foto jabatan.]
Simbolik Pelancaran Program oleh Timbalan Pengarah, Ir. Alan Tan Khiok Chun dan disaksikan oleh Puan Deny ak Neb
[ Untuk lebih gambar, sila ke galeri foto jabatan.]
24 Mac 2014 - Majlis Pelancaran ke Arah Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S Jabatan Pengairan dan Saliran, Sarawak telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah, Encik Alan Tan Khiok Chun pada 24 Mac 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat, Ibu Pejabat, Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak, Tingkat 10, Bangunan Wisma Saberkas, Kuching.
Majlis Pelancaran telah dihadiri oleh semua warga kerja dari pelbagai Cawangan di peringkat Ibu Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak. Semua hadirin dikehendaki memakai kemeja T 5S yang telah dibekalkan. Selesai sahaja majlis pelancaran tersebut, semua warga kerja JPS melakukan kerja gotong royong membersihkan Cawangan/Zon masing-masing.
Cawangan/Zon yang terlibat ialah :-
1) Pejabat Pengurusan [Pengarah dan Timbalan Pengarah]
2) Cawangan Pengurusan Air dan Pembangunan Tanah
3) Cawangan Bahagian Pembangunan Bandar
4) Cawangan Hidrologi dan Sumber Air
5) Cawangan Kejuruteraan Pantai dan Luar Bandar
6) Cawangan Kontrak
7) Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
8) Cawangan Kewangan
9) Cawangan Perkhidmatan Mekanikal dan Kualiti
10) Cawangan Pembangunan Manusia