Lawatan ke tapak Projek Pengawalan Hakisan Pantai Di Kampung Batu 1, Kuala Baram oleh YB Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak bersama-sama dengan Datu Ir. Ts. Ahmad Denney Bin Haji Ahmad Fauzi, Pengarah Pengairan Dan Saliran Sarawak. Turut hadir adalah Pengarah Bahagian Pantai JPS Malaysia dan rombongan, Jurutera Bahagian JPS Miri, pegawai-pegawai kanan JPS Sarawak, pegawai dari agensi kerajaan lain yang terlibat serta nelayan/penduduk Kampung Batu 1.