DID NEWS-31122013


JPS, JKR diminta baik pulih jambatan kayu, jalan berbatu
Posted on December 31, 2013, Tuesday

SRI AMAN: Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis memohon Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sri Aman membaik pulih jambatan kayu dan jalan berbatu di kawasan Nanga Skrang dengan segera.

Menurutnya, bahagian hujung jambatan kayu sepanjang 40 kaki di kawasan Nanga Skrang Hulu yang menghubungkan sebuah sekolah dan tujuh kampung kini mengalami kerosakan.

Sehubungan itu, beliau memohon pihak terbabit turun padang melihat keadaan jambatan terbabit bagi tindakan segera.

“Lawatan ini adalah untuk memantau keadaan perhubungan berkenaan sempena musim hujan pada masa sekarang,” katanya di sini semalam.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang dalam sesi lawatannya mendapati jalan raya berbatu sekitar kawasan Nanga Skrang Hulu dalam keadaan kurang memuaskan.

“Jalan raya berbatu di situ cuma hanya dapat dilalui oleh sebuah kenderaan sahaja.

“Saya mencadangkan agar pihak berkenaan tampil dengan pelan untuk mewujudkan jalan raya berbatu dua hala di situ dengan segera,” katanya.

Harden menambah masalah jambatan kayu dan jalan berbatu di situ boleh mengundang risiko bahaya kepada penduduk tempatan jika tidak diselenggara dengan segera.

Turut hadir Ahli Majlis Daerah Sri Aman (MDSA), Kaunselor Sawing Sumar dan Ketua Pemuda SUPP Simanggang Patrick Michael Malajin.

 

Copyright © Department Of Irrigation & Drainage Sarawak


Last Updated On 25 Apr 2025

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm
Friday
8:00am to 11:45pm & 2:15pm to 5:00pm
Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter closed

image Polls
image Announcement