News

 

Rumah Waine dapat satu lagi projek pembangunan

Posted on 16 Dec 2023
Source of News: Utusan Borneo Online
Dayang Noorazah (tiga kiri) menyaksikan penyerahan dokumen projek di Rumah Waine, Tawang Ili, Sri Aman hari ini.
Dayang Noorazah (tiga kiri) menyaksikan penyerahan dokumen projek di Rumah Waine, Tawang Ili, Sri Aman hari ini.

SRI AMAN: Penduduk di Rumah Waine, Tawang Ili di sini gembira apabila kerajaan meluluskan satu lagi projek pembangunan di rumah panjang berkenaan.

Projek itu adalah projek pembinaan sistem saliran di rumah panjang tersebut yang akan dimulakan tidak lama lagi.

Terdahulu, sesi taklimat dan penyerahan projek berkenaan kepada pemaju yang dilantik telah dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor.

Ketika berucap ringkas pada sesi taklimat berkenaan semalam Dayang Noorazah berkata, projek yang telah diluluskan itu adalah salah satu projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) ADUN Lingga bagi tahun ini.

Menururutnya, projek ini akan siap dalam tempoh beberapa bulan.

“Sebagai wakil rakyat di Lingga, saya berharap kesemua projek RTP yang telah diluluskan pada tahun ini dapat memberi manfaat kepada penduduk,” katanya lagi.

Dalam pada itu katanya, projek ini nanti akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Sri Aman.



Copyright © Department Of Irrigation & Drainage Sarawak


Last Updated On 26 Jul 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45pm & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter closed

image Polls
image Announcement