News

 

Kerajaan lulus projek jalan kebun di Kampung Hilir dan Hulu Maludam

Posted on 14 Dec 2023
Source of News: Utusan Borneo Online
Dayang Noorazah (tiga kiri) menyaksikan penyerahan dokumen pelaksanaan projek berkenaan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Betong (dua kanan) kepada penduduk kampung dari kedua-dua kampung berkenaan hari ini. Dayang Noorazah (tiga kiri) menyaksikan penyerahan dokumen pelaksanaan projek berkenaan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Betong (dua kanan) kepada penduduk kampung dari kedua-dua kampung berkenaan hari ini.

SRI AMAN: Penduduk di Kampung Hilir dan Hulu Maludam, Betong bakal menarik nafas lega apabila kerajaan telah meluluskan Projek Bina Baharu Jalan Kebun Kampung Hilir dan Kampung Hulu Maludam dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, projek bina baharu jalan kebun berkenaan akan dilaksana pada bulan Disember ini dan akan mengambil masa selama tiga hingga empat bulan untuk disiapkan.

“Apabila projek ini siap nanti ia akan memberi kemudahan kepada penduduk dari Kampung Hilir dan Hulu Maludam meneroka tanah kebun mereka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ringkas pada sesi taklimat ringkas dan penyerahan projek kepada pemaju Projek Tranformasi Luar Bandar (RTP) ADUN Lingga bagi tahun 2023 dekat sini hari ini.

Dayang Noorazah menambah, projek bina baharu jalan kebun itu merupakan salah satu projek RTP beliau untuk tahun ini.

Katanya, projek ini nanti merangkumi pembinaan tiga pembetung dan jalan gravel (batu) sepanjang lebih 200 meter bagi kegunaan pekebun di kawasan berkenaan.

Tambahnya, Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Betong merupakan agensi pelaksana kepada projek itu



Copyright © Department Of Irrigation & Drainage Sarawak


Last Updated On 26 Jul 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45pm & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter closed

image Polls
image Announcement