picture

News

 

Masalah sistem saliran, perparitan di Sarikei akan diatasi secara berperingkat: Huang

Posted on 02 Dec 2023
Source of News: Utusan Borneo Online
Majlis penyerahan ringkas projek siap membersihkan parit di Meradong yang turut dihadiri oleh pihak dari Pusat Parlimen Sarikei, DID Bahagian Sarikei, kontraktor dan juga wakil penduduk setempat.

Majlis penyerahan ringkas projek siap membersihkan parit di Meradong yang turut dihadiri oleh pihak dari Pusat Parlimen Sarikei, DID Bahagian Sarikei, kontraktor dan juga wakil penduduk setempat.

SARIKEI: Isu berkaitan dengan sistem saliran dan perparitan di Parlimen Sarikei akan diatasi secara berperingkat, kata Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Seri Huang Tiong Sii.


Katanya, perkara ini bagi memastikan masalah banjir yang kerap berlaku di kawasan yang rendah yang telah menjejaskan penduduk di Parlimen ini dapat diatasi dengan lebih sistematik.

"Hasil pemantauan yang dilakukan telah mendapati beberapa punca utama yang menjadi penyebab kepada masalah banjir di beberapa kawasan di Parlimen ini adalah disebabkan sistem saliran dan perparitan yang bermasalah ataupun tersumbat.

"Situasi ini telah menyebabkan kelancaran aliran air yang keluar terus ke sungai-sungai utama menjadi tersekat, bergerak perlahan dan ini menyebabkan paras air menjadi cepat untuk meningkat.

"Berdasarkan situasi tersebut, pihak kita telah menyediakan peruntukan untuk kerja-kerja membersihkan parit dan anak sungai yang bersaiz kecil di kawasan ini bagi memastikan risiko dan masalah ini dapat diatasi," kata Huang kepada media, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berkaitan dengan projek siap bagi membersihkan lima buah parit di kawasan Bintangor, baru-baru ini.

Menurut Huang, projek ini telah dipantau dan diselenggara oleh pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran (DID) Bahagian Sarikei.

"Lima projek membersihkan lima parit tersebut ialah di Jalan Meradong/Pasi, Ulu Sungai Meradong yang sepanjang 5 kilometer (km), Jalan Meradong/Bakong sepanjang 10.5km, Jalan KJD/ Ulu Sg Bakong sepanjang 4km dan dua buah parit di Sungai Padi dengan panjang keseluruhannya 8km.

"Kita berharap dengan perlaksanaan projek tersebut, segala masalah yang membelenggu penduduk di kawasan terbabit dapat diringankan dan diatasi.

"Selain itu juga, kita berharap projek ini juga dapat memberikan manfaat kepada aktiviti pertanian di kawasan ini dan sekali gus dapat menyelesaikan masalah serta ancaman tanaman yang rosak akibat banjir di kawasan ini," ujar Huang lagi.

Dalam majlis serah tapak projek siap tersebut, Huang telah diwakili oleh Gung Chiu Kion serta beberapa kaitangan dari Pusat Khidmat Parlimen Sarikei dan juga pegawai dari DID Bahagian Sarikei.



Copyright © Department Of Irrigation & Drainage Sarawak


Last Updated On 26 Apr 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45pm & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter closed

picture Polls
picture Announcement