News

 

Sistem perparitan baharu projek RTP bagi Kampung Hulu Maludam

Posted on 07 Dec 2023
Source of News: Utusan Borneo Online
Wakil DID (tiga kanan) menyampaikan surat pemakluman pelaksanaan projek kepada pemaju sambil diperhatikan Dayang Noorazah (dua kiri) serta penduduk kampung di sini, pada Rabu.

Wakil DID (tiga kanan) menyampaikan surat pemakluman pelaksanaan projek kepada pemaju sambil diperhatikan Dayang Noorazah (dua kiri) serta penduduk kampung di sini, pada Rabu.

SRI AMAN: Penduduk di Kampung Hulu Maludam di Betong bakal menikmati sistem perparitan baharu menerusi Program Tranformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga pada bulan ini.

ADUN Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, pelaksanaan projek berkenaan akan mengambil masa tiga hingga empat bulan.

Beliau berkata demikian ketika memberikan taklimat ringkas dan penyerahan projek kepada pemaju di Kampung Hulu Maludam, pada Rabu.

Turut hadir ialah wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Betong.

Dayang Noorazah menjelaskan, terdapat satu projek besar di bawah pelaksanaan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) bagi pembinaan sistem saliran perparitan seluruh kawasan Kampung Maludam Triso yang bakal dilaksanakan tahun depan.



Copyright © Department Of Irrigation & Drainage Sarawak


Last Updated On 26 Jul 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45pm & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter closed

image Polls
image Announcement