News

 

RM99,302 untuk projek tebatan banjir di Jalan Sing Ba, Bintangor

Posted on 09 Nov 2023
Source of News: Utusan Borneo Online
Gong (tiga kiri) yang mewakili Huang mendengar taklimat ringkas daripada pihak JPS berkaitan dengan Projek Tebatan Banjir di Jalan Sing Ba, Bintangor pada Rabu. Gong (tiga kiri) yang mewakili Huang mendengar taklimat ringkas daripada pihak JPS berkaitan dengan Projek Tebatan Banjir di Jalan Sing Ba, Bintangor pada Rabu.

SARIKEI: Peruntukan berjumlah RM99,302 telah diagihkan untuk pelaksanaan Projek Tebatan Banjir di Jalan Sing Ba, Bintangor.

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Dato Sri Huang Tiong Sii berkata, projek tersebut telah diserahkan kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Sarikei sebagai agensi pelaksana dan pemantau utama projek ini.

"Projek ini nanti merangkumi naik taraf sistem perparitan dan juga usaha untuk membersihkan parit serta sistem saliran di lokasi terbabit yang bermasalah, tersumbat dan saliran yang tidak lancar.

"Terdapat empat sistem parit dan saliran di lokasi berkenaan dengan anggaran sepanjang 3.690 kilometer dan berdasarkan aduan yang telah diterima daripada penduduk di lokasi terbabit yang memaklumkan kerap berlaku banjir di lokasi berkenaan terutama apabila hujan lebat yang dipercayai berpunca daripada sistem saliran yang tidak lancar," katanya kepada media, pada Rabu.

Terdahulu, Huang yang diwakili Gung Chiu Kion telah melakukan tinjauan kerja ke lokasi terbabit bersama dengan pihak JPS Bahagian Sarikei serta kakitangan Pusat Khidmat Parlimen Sarikei.

Menurut Huang, projek ini akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.

"Kita berharap dengan usaha ini ia dapat menyelesaikan dan mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di kawasan ini terutama pada musim hujan.

"Dalam masa yang sama juga, kita berharap projek ini dapat memastikan penduduk tidak lagi terbeban dengan masalah banjir dan menikmati kemudahan yang lebih selesa dan juga selamat," ujar Huang lagi.



Copyright © Department Of Irrigation & Drainage Sarawak


Last Updated On 26 Jul 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45pm & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter closed

image Polls
image Announcement