picture

News

 

Kerja-kerja pembersihan empat parit kawasan Meradong siap

Posted on 12 Nov 2023
Source of News: Utusan Borneo Online
Gung (lima kiri) mewakili Huang menyaksikan majlis ringkas penyerahan surat projek siap antara JPS Sarikei dan kontraktor. Gung (lima kiri) mewakili Huang menyaksikan majlis ringkas penyerahan surat projek siap antara JPS Sarikei dan kontraktor.

SARIKEI: Projek dan kerja-kerja pembersihan empat parit di kawasan Meradong kini telah siap dilaksana kontrakor.

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim  Dato Sri Huang Tiong Sii berkata projek itu dipantau sepenuhnya oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarikei.

"Antara lokasi siap ialah parit di Batu 7 Jalan Kelupu, Simpang Jalan-Yung Kiew, Sungai Tulai sepanjang 5.5 kilometer (km), Jalan Tat Sing Baru, Sungai Binatang dan Jalan Dalat KJD2, Sungai Dalat sepanjang 2.4km, Sungai Labas sepanjang 3km dan Tanah Perkuburan Lutong Tanjung Genting sepanjang 2km.

"Kita berharap dengan siapnya projek tersebut dapat mengatasi masalah ketidaklancaran sistem pengaliran di lokasi-lokasi terbabit.

"Projek itu merupakan satu tindakan mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di lokasi terbabit akibat sistem parit tersumbat," katanya kepada media di sini hari ini.

Terdahulu, Huang diwakili Gung Chiu Kion bersama kontraktor terlibat projek terbabit serta JPS Sarikei melakukan tinjauan terhadap projek siap di lokasi tersebut.

Menurutnya, projek itu juga merupakan sebahagian daripada tindakan kerajaan menghadapi cuaca Monsun Timur Laut (MTL).

"Projek itu memastikan aktiviti pertanian penduduk di lokasi terbabit tidak terjejas dan dibelenggu masalah banjir.

"Secara tidak langsung ini membantu penduduk meningkatkan taraf ekonomi mereka dan memastikan tanaman mereka di lokasi-lokasi terbabit tidak ditimpa masalah banjir," jelasnya.

Pada masa sama, turut diadakan majlis ringkas penyerahan surat projek siap antara JPS Sarikei dan kontraktor terlibat dengan projek-projek tersebut.



Copyright © Department Of Irrigation & Drainage Sarawak


Last Updated On 26 Apr 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45pm & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter closed

picture Polls
picture Announcement