Announcement

 

ANCAMAN SIBER TERHADAP SISTEM DALAM TALIAN DI MALAYSIA

Posted on 19 May 2021

ANCAMAN SIBER TERHADAP SISTEM DALAM TALIAN DI MALAYSIA
(Dikemaskini pada 17 Mei 2021)

_______________________________________________________________________________________

Dimaklumkan bahawa pihak NATIONAL CYBER COORDINATION AND COMMAND CENTRE (NC4) telah mengesan terdapat peningkatan aktiviti siber yang ditujukan ke Malaysia. Mengambil kira perkembangan terkini situasi tersebut, NC4 ingin mengingatkan para Pentadbir Sistem dan Pentadbir Rangkaian untuk mengambil langkah-langkah keselamatan siber yang mencukupi untuk memastikan bahawa sistem dan rangkaian sentiasa dalam keadaan selamat. Impak daripada serangan akan menyebabkan kebocoran maklumat sulit & sensitif, pencacatan laman sesawang, jangkitan perisian hasad dan gangguan perkhidmatan.

Unit Pemodenan Perkhidmatan Negeri dengan kerjasama pihak SAINS telah mengambil langkah-langkah keselamatan dari segi teknikal untuk menghadapi serangan siber tersebut dan kerjasama semua penjawat awam negeri Sarawak adalah dinasihatkan untuk berwaspada bagi mengelak dari menjadi mangsa serangan dan mengambil tindakan berikut:

1. Kemaskini aset kritikal ICT anda dengan tampalan keselamatan terkini;

2. Berhati-hati dengan e-mel yang mencurigakan dan pautan dengan/atau tanpa lampiran;

3. Pastikan anti-virus telah dikemaskini dan berfungsi dengan baik. Anti-virus rasmi Kerajaan Negeri Sarawak adalah Trend Micro Anti-Virus dan akan dikemaskini setiap hari Jumaat jam 12 tengahari. Sila pastikan semua peralatan komputer dan komputer ribu dihidupkan pada tempoh tersebut untuk tujuan kemaskini;

4. Jangan sesekali membuka pautan dari sumber yang tidak dipercayai, yang boleh menyebabkan serangan siber, jangkitan virus komputer atau pencurian identiti atau maklumat akaun;

5. Putuskan rangkaian komputer anda dari Internet jika ianya tidak digunakan;

6. Pastikan kata laluan sistem anda kuat dan selamat. Tukar kata laluan jika diperlukan;

7. Lakukan salinan sandaran secara berkala untuk semua maklumat penting untuk meminimumkan kesan kehilangan data atau sistem dan untuk membantu mempercepatkan proses pemulihan. Sebaik-baiknya, sandaran mesti dilakukan setiap hari, pada media yang berasingan dan disimpan di lokasi luar;

8. Tutup sepenuhnya semua stesen kerja sebelum meninggalkan pejabat anda.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

 

Unit Pemodenan Perkhidmatan Negeri
Jabatan Ketua Menteri



Copyright © Department Of Irrigation & Drainage Sarawak


Last Updated On 06 Sep 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45pm & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter closed

image Polls
image Announcement