Women's Netball Championship 2019


 

Muat Turun Borang Penyertaan :
1. Borang Penyertaan Bola Jaring Wanita 2019
2.
Peraturan Kejohanan Bola Jaring Wanita 2019
 

NAMA KEJOHANAN

Kejohanan Bola Jaring Wanita

PENGANJUR

Jabatan Pengairan & Saliran Sarawak dengan kerjasama Kelab Sukan & Kebajikan JPS Sarawak

TARIKH KEJOHANAN

5 hingga 6 Oktober 2019

TEMPAT

Sport Village, MBKS Pending

YURAN PENYERTAAN

RM200.00 untuk satu pasukan

Bagi yang membuat pembayaran menggunakan Cheque – atas nama Kelab Sukan dan Kebajikan JPS Sarawak

OBJEKTIF PENGANJURAN

Objektif utama penganjuran pertandingan ini adalah untuk mencari bakat-bakat baru dan memperkenalkan lagi sukan bola jaring di Sarawak.

PERATURAN UMUM

7.1

Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang International Federal Netball Association (IFNA) yang berkuatkuasa serta telah diterima oleh Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM)

PERATURAN TAMBAHAN

Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan selaras dengan matlamat/objektif menganjuran kejohanan ini. (Sila rujuk Lampiran A.)

PENDAFTARAN PEMAIN

9.1

Setiap pasukan dibenarkan mendaftar maksimum seramai dua belas (12) orang pemain, seorang (1) Pengurus Pasukan dan seorang (1) Jurulatih sahaja;

9.2

Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah menggunakan borang yang disediakan oleh pihak penganjur dan hanya pemain-pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan mengambil bahagian;

9.3

Seorang pemain hanya boleh didaftarkan dalam satu pasukan sahaja. Jika terdapat seorang pemain yang pasukannya telah kalah/menang dan kemudian bermain untuk pasukan lain maka penyertaan untuk kedua-dua pasukan berkenaan akan dibatalkan;

9.4

Pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan sebelum perlawanan pertama bagi setiap pasukan yang bertanding;

9.5

Pemain yang pernah mewakili Negeri atau peringkat kebangsaan tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

9.6

Pengurus pasukan tidak dibenarkan bermain.

9.7

Jurulatih dibenarkan bermain dan hendaklah mendaftarkan nama sebagai pemain.

9.8

Tiap-tiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya minimum (5) orang pemain sebelum satu-satu perlawanan dimulakan. Jika kurang daripada jumlah ini pasukan tersebut dikira menerima kekalahan;

PERTUKARAN PEMAIN

10.1

Pemain boleh diganti pada bila-bila masa dimana berlakunya kecederaan semasa perlawanan;

10.2

Pertukaran tidak dibenarkan bagi mengganti pemain yang digantung permainan semasa perlawanan tersebut;

10.3

Pertukaran boleh dibuat dengan persetujuan Pegawai Teknikal dan ianya boleh dilakukan semasa perlawanan diberhentikan.


PERATURAN PERTANDINGAN

11.1

Format Pertandingan


11.1.1

Pertandingan akan dijalankan secara Liga pada pusingan awal dan pusingan seterusnya akan dijalankan secara Kalah Mati (Knock Out);


11.1.2

Pasukan yang layak ke pusingan seterusnya akan diundi dengan memisahkan diantara Johan dengan Naib Johan kumpulan diperingkat Suku akhir. Pasukan yang menjadi Johan Kumpulan akan bertemu dengan pasukan yang menjadi naib Juara Kumpulan yang berbeza;


11.1.3

Pemberian mata secara Liga adalah seperti berikut;

Menang  - 3 mata

Seri – 1 mata

Kalah – 0 Mata


 

Pematuhan Pakaian

12.1

Huruf-huruf bib di bawah hendaklah tertera di bahagian hadapan dan belakang baju pemain iaitu dengan ukuran 6 inci.

 

q GS - Penjaring Gol (Goal Shooter)

q GA - Penyerang Gol (Gol Attack)

q WA - Penyerang Sayap (Wing Attack)

q C - Pemain Tengah (Centre)

q WD - Penangkis Sayap (Wing Defense)

q GD - Penahan Gol (Goal Defense)

q GK - Penjaga Gol (Goal Keeper)

12.2

Setiap pasukan WAJIB menyediakan 2 set bib berlainan warna;

Cara Memutuskan Keputusan :

13.1

Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut :-

 

a.

Purata gol akan menentukan kedudukan (iaitu : jumlah jaringan gol dibahagi dengan jumlah gol yang kena).

 

b.

Jika masih seri, maka perbezaan gol akan digunapakai (iaitu : jumlah jaringan gol ditolak dengan gol yang kena).

 

c.

Jika masih seri, pasukan yang menjaring gol terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.

13.2

Secara Kalah Mati – Jika keputusannya berakhir dengan SERI pada peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut :

 

a.

Pertandingan disambung semula setelah berehat 3 minit.

 

b.

Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (7) minit setiap bahagian akan dimainkan

 

c.

Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah.

 

d.

Pasukan bertukar Kawasan Gol diseparuh masa tanpa rehat.

 

e.

Hantaran tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah yang berikutnya.

 

f.

Sekiranya berlaku seri diakhir masa tambahan permaianan akan diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol.

Masa Bermain

14.1

Masa permainan memakan masa dalam tempoh dua puluh (20) minit yang dibahagi kepada dua (2) waktu, sepuluh (10) minit setiap waktu masa dengan masa rehat tidak lebih tiga (3) minit dipertengahannya

           (10-3-10)

 

Perlawanan yang Ditunda atau Diberhentikan

15.1

Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh keadaan cuaca, atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan tidak dapat dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan dihentikan akibat hal-hal diluar kawal kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau dihentikan hendaklah dilangsungka dan masa yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola

Kelewatan

 

Hanya 10 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas masa itu, pihak lawannya kan diberi kemenangan percuma pada pasukan yang berada digelanggang dengan 3 mata dan jaringan 10-0

RINGKASAN PENYERTAAN


BOLA JARING

JUMLAH PENYERTAAN

Atlet / Pemain

10

Pengurus

1

Jurulatih

1

Jumlah

12



HADIAH

Hadiah kemenangan akan disediakan oleh Pengelola berbentuk Piala + Pingat + Wang Tunai untuk pemenang-pemenang tempat Pertama, Kedua, Ketiga dan Ke Empat termasuk Jurulatih dan Pegurus pasukan.


PERKARA-PERKARA LAIN YANG TIDAK DINYATAKAN

a.

Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan ini, akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengajur.

b.

Sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak penganjur adalah MUKTAMAD.

c.

Pengurus Pasukan, Jurulatih dan pemain tidak dibenarkan sama sekali melemparkan kata-kata kesat atau yang tidak enak didengar. Jika ada pasukan yang membuat aduan, maka pasukan yang berkenaan akan diambil tindakan tegas.


Peraturan Tambahan

Bagi mengelakan kekeliruan dan salah faham mengenai Peraturan untuk Kejohanan Bola Jaring Terbuka Wanita yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan JPS Sarawak, penganjur akan memperjelaskan isu ini secara lebih mendalam lagi agar mudah difahami oleh semua pemain. Sebelum itu, ingin dinyatakan di sini bahawa objektif utama penganjuran ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru serta memperkenalkan sukan bola jaring ini di Sarawak dengan lebih meluas.


Merujuk kepada peraturan bernombor 9.5, mengenai penyertaan permain. Peraturan yang lebih terperinci adalah seperti di bawah :-



9.5.1

Pertandingan ini terbuka kepada semua jabatan, kelab, pasukan bola jaring wanita di Sarawak;



9.5.2

Pemain yang pernah mewakili mana-mana pertandingan bola jaring diperingkat Negeri atau di peringkat kebangsaan tidak dibenarkan bermain, kerana objektif utama pertandingan ini adalah untuk mengcungkil bakat-bakat baru di Sarawak.



9.5.3

Berikut adalah antara penyertaan mewakili negeri yang tidak dibenarkan bermain dan berdaftar bagi setiap pasukan :-




9.5.3.1

Pernah mewakili Negeri Sarawak dan Negara Malaysia  dalam mana-mana kejohanan bola jaring mulai tahun 2016 sehingga 2019;




9.5.3.2

Pernah mewakili Negeri Sarawak dalam Temasya Sukan SUKMA;




9.5.3.3

Pernah mewakili Negeri Sarawak dalam pertandingan Bola Jaring Remaja Kebangsaan;



9.5.3.4

Pernah mewakili MAKSAK Negeri Sarawak dalam pertandingan bola jaring MAKSAK Malaysia;



9.5.4

Berikut merupakan pemain-pemain yang dibenarkan bermain :-




9.5.4.1

Pemain yang pernah mewakili sekolah, KPM, MSSM, Voktek - selagimana pemain tersebut menyertai pertandingan di peringkat sekolah dan bukan dipilih menjadi pemain negeri dalam mana-mana pertandingan bola jaring yang berskala besar;




9.5.4.2

Pemain yang pernah mewakili Jabatan, daerah dan bahagian dalam Negeri Sarawak;




9.5.4.3

Permain yang pernah mewakili Jabatan dalam Karnival sukan jabatan seluruh Malaysia




9.5.4.4

Pemain yang pernah mewakili Negeri Sarawak dalam Sukan SUK. Ini kerana sukan SUK diambil kira sebagai pertandingan antara jabatan bukan negeri secara khususnya

 

Copyright © Department Of Irrigation & Drainage Sarawak


Last Updated On 28 Apr 2025

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm
Friday
8:00am to 11:45pm & 2:15pm to 5:00pm
Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter closed

image Polls
image Announcement