Petra Jaya - Sejak tiga minggu yang lalu, beberapa penduduk di Jalan Haji Hashim Jaafar, Kampung Lintang disini, dihantui masalah banjir lumpur. Ini berlaku setiap kali hujan lebat, biarpun tidak sampai setengah jam, yang didakwa penduduk berpunca daripada projek pembinaan saliran baru di kampung itu. Penduduk mendakwa air berlumpur bercampur pasir yang melimpah di luar rumah di belakang Dewan Serbaguna Kampung Lintang itu, bukan sahaja akan masuk melalui pintu depan juga dari bawah rumah melalui celah jubin lantai rumah berhampiran. Read more...... |