The Official Website of
Department of Irrigation and Drainage Sarawak

NOTIS PEMATUHAN KEPADA KONTRAKTOR

(PEMATUHAN PERINTAH KAWALAN PENGERAKAN DI BAWAH AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 DAN AKTA POLIS 1967)

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 yang berkuatkuasa mulai 18 – 31 Mac 2020, adalah menjadi keperluan bagi perkara-perkara berikut dipatuhi di tapak bina bagi kerja-kerja tapak di bawah penyeliaan DID Sarawak:

1.

Untuk baki kerja yang boleh menyebabkan bahaya kepada pihak awam, ianya perlu disiapkan dengan segera. Ini termasukah kerja-kerja kecemasan, jika ada, yang mesti disiapkan dengan segera.

2.

Pengurusan trafik dan pelaksanaan semua aspek keselamatan di tapak projek perlu diteruskan dan sentiasa dipantau kefungsian dan keberkesanannya bagi memastikan keselamatan dan kesihatan awam.

3.

Kerja-kerja kecemasan penyenggaraan fasiliti yang kritikal seperti peralatan mekanikal dan elektrikal yang dijadualkan juga perlu diteruskan.

Arahan-arahan lain yang berkaitan dengan wabak COVID-19 juga akan digunapakai untuk pematuhan semua pihak.

Sekian, terima kasih.

 

Pengarah

Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak

18 Mac 2020

>>DOWNLOAD PDF<<