The Official Website of
Department of Irrigation and Drainage Sarawak

Bina benteng hakisan sungai di Sri Aman dalam senarai RMK 12
Posted on : 19 Jan 2020  Source of News: TvSarawak.com
 

SRI AMAN : Kerajaan Sarawak bersetuju untuk memasukkan projek membina benteng hakisan sungai di Sri Aman ke dalam senarai Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK 12).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Openg berkata, projek ini akan memberi manfaat kepada penduduk-penduduk kampung hulu dan hilir bahagian ini sepertimana projek yang telah dilakukan untuk kampung-kampung seberang di Kuching.

Menurutnya lagi RMK 12 akan dilaksanakan pada tahun hadapan dan mendedahkan kos anggaran bagi membina projek berkenaan ialah berjumlah RM 30 juta.

“Dan ini akan kita masukkan kedalam RMK 12 untuk membangunkan benteng yang digunakan untuk melindungi kampung hulu dan hilir. Dan ini serupa dengan apa yang kita bangunkan di Kampung Lintang dan Kampung Bintangor di Kuching.

“Dan ini kita dapat mempertahankan kampung-kampung kita daripada terhakis, maklumlah di sini ada benak. Ini telah dicadangkan dan kita anggarkan pada jumlah RM 30 juta dan pada prinsipnya kita telah bersetuju dan kita masukkan dalam RMK 12 yang bermula tahun hadapan.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Tapak Benak atau Waterfront Sri Aman disini petang tadi.

Terdahulu projek naiktaraf tapak pesta benak atau waterfront Sri Aman dijangka siap menjelang Oktober tahun ini.

Projek yang dikendalikan oleh kontraktor Mexajati ini telah pun mula dijalankan pada April tahun lepas dan kini diperingkat 8.5% siap.