Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Last Update: 18 Aug 2019
Version 8.2.2
 

Miss Tourism Benak 2019

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1.
Penyertaan adalah terbuka kepada wanita dan Warganegara Malaysia sahaja.
 2. Umur peserta hendaklah 18-34 tahun dan belum berkahwin.
 3. Ketinggian adalah tidak kurang daripada 150 cm tanpa menggunakan kasut.
 4. Juara Miss Tourism Benak 2017 & 2018 tidak dibenarkan menyertai pertandingan  Miss  Tourism Benak 2019.
 5. Peserta mestilah tidak pernah terlibat dalam kegiatan-kegiatan negatif.
 6. Pakaian, solekan, dandanan dan perhiasan adalah ditanggung oleh peserta.
 7. Pemilihan pakaian hendaklah bersesuaian dengan tema & tidak menjolok mata.
 8. Untuk pertandingan peringkat akhir Miss Tourism Benak 2019, para peserta dikehendaki memperagakan pakaian mengikut tema yang telah ditetapkan.
 9. Pertandingan Peringkat Separuh Akhir dan Peringkat Akhir akan dilangsungkan pada 27 – 29 September 2019. Maklumat terperinci berkenaan Peringkat Separuh Akhir dan Akhir akan dimaklumkan kemudian kepada Peserta yang telah disenarai pendek.
 10. Peserta  hendaklah membayar yuran penyertaan sebanyak RM100.00 secara tunai semasa pendaftaran.
 11. Pengangkutan, penginapan & makanan disediakan semasa pertandingan.
 12. Peserta dikehendaki mengemukakan borang penyertaan beserta:   
  i.  Salinan Kad Pengenalan 
  ii.  Gambar berukuran passport    
  iii.  Gambar saiz  4R (Keseluruhan badan, tanpa solekan dan tidak diedit), dan hanya gambar yang diambil menggunakan kamera digital.
 13. Semasa pendaftaran pada 27 September 2019 peserta dikehendaki memakai baju berwarna putih dan seluar jean berwarna biru.
 14. Tarikh tutup penyertaan adalah 02 September 2019, jam 04.00 petang.
15. Keputusan hakim adalah muktamad
   
Maklumat Tambahan
1. Borang penyertaan boleh didapati di Pejabat JPS Bahagian Sri Aman atau dimuat turun melalui laman web www.did.sarawak.gov.my
2. Peserta yang telah berjaya disenarai pendek akan dimaklumkan melalui telefon selewat-lewatnya 6 September 2019. 
3. Borang Penyertaan yang  telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN BAHAGIAN SRI AMAN, Lot 648 & 649, BLOK 2, SIMANGGANG TOWN DISTRICT, JLN. RTM LAMA, 95000 SRI AMAN
4. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:
  i.
Cik Winnie Ak. Ganie (014-8846597)
  ii.
Pn.  Si Muh  Shia ( 014-5817393 )
  iii.
Cik Janie Ak Munan (01115711907)
 
Muat Turun Borang Penyertaan >>> Borang Penyertaan Miss Tourism Benak 2019