Mengenai kamiMengenai kami
Pengenalan
Hidrologi menyediakan pemahaman asas kejadian dan peredaran air di atas, permukaan bumi dan di bawah bumi.
Apabila pembangunan berlaku, kuantiti dan kualiti air mungkin tidak mencukupi untuk semua kegunaan walaupun bagi tujuan penggunaan yang menjimatkan. Oleh itu, kita mesti berupaya untuk mengawal air dalam keadaan risiko yang dikehendaki dan untuk kegunaan berfaedah. Bencana besar disebabkan oleh hujan di bawah paras normal atau berlebihan. Manakala kemarau menyebabkan penduduk menjadi pelarian dan penderitaan manusia. Atau pada keadaan yang lain, air sungai melimpah ke kawasan berpenduduk. Hidupan Liar terpaksa meninggalkan tempatnya atau dimusnahkan. Terjadinya kerosakan kepada sistem pengangkutan Ini semua akan mengakibatkan penderitaan manusia dan akan melibatkan perbelanjaan kerajaan yang besar apabila kita tidak memahami hidrologi dan pengurusan air.
Oleh itu, kita mesti berupaya merekabentuk struktur untuk mengawal kejadian air yang berisiko yang boleh diterima rakyat di setiap kawasan dan dalam bajet perbelanjaan.
|
Visi
Menjadi peneraju dalam pengurusan sumber air
|
Misi
Untuk menerajui dan memberikan perkhidmatan bertaraf dunia dalam pengurusan sumber air dan maklumat hidrologi untuk memastikan persekitaran yang mampan dan meningkatkan kualiti hidup. |
|
Fungsi-Fungsi Utama Bahagian Hidrologi & Sumber Air
- Menjalankan kerja-kerja Operasi dan peyelengaraan rangkaian stesen-stesen hidrologi yang optima di seluruh Sarawak untuk tujuan pembekalan data dan perkhidmatan yang berkualiti untuk kegunaan dalam pembangunan sumber air.
- Untuk mengumpul, memproses, menganalisa, menyimpan, mengurus dan menyebarkan semua data hidrologi dan sumber air untuk kegunaan kajian di dalam penilaian pembangunan dan pengurusan sumber air negeri
- Untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan pemantauan kemarau dan banjir.
- Bekerjasama rapat dengan pengguna air yang lain dan agensi-agensi perkhidmatan di dalam perancangan, pembangunan dan pengurusan sumber air negeri.
|
Piagam Pelanggan
- Untuk membekalkan kualiti data dan maklumat hidrologi dalam tempoh 5 hari bekerja.
- Untuk menyediakan khidmat perundingan, komen teknikal dan maklum balas dalam tempoh 14 hari bekerja.
- Untuk memantau, meramalkan paras air sungai, memberi amaran banjir dan menyediakan laporan awal banjir dalam tempoh 24 jam secara 'online' di laman web JPS Malaysia :- http://reportbanjir.water.gov.my ( Online Flood Warning & Reporting System)
|
Pelanggan Kami
Pelanggan Dalam Jabatan
|
Pelanggan Luar Jabatan
|
- Cawangan Pengurusan Air & Pembangunan Tanah
- Cawangan Pembangunan Bandar
- Cawangan Kejuruteraan Pantai & Pembangunan Luar Bandar
- Pejabat-pejabat Bahagian JPS Sarawak
|
Agensi Kerajaan
|
- Jabatan Kerja Raya
- Jabatan Pertanian
- Jabatan Perhutanan
- Jabatan Alam Sekitar
- Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
- Sarawak Energy
- SALCRA
- LCDA
- PORIM
- FELCRA
- Water Board Authorities
- IADP's
- Cawangan Hidrologi, JPS Malaysia
- JMG Malaysia
- JM Malaysia
- JP Malaysia
- JTG Malaysia
|
Agensi Swasta
|
- Konsultan Hidrologi & Sumber Air
- Konsultan Kejuruteraan
- Konsultan E.I.A
- Agensi Insurans
- Institut Penyelidikan
- Universiti
- Kontraktor
- Syarikat Ladang Kelapa Sawit
- Pemaju Perumahan
|
Orang Awam
|
|